Wednesday 29 June 2011

Bagaimanakah mengenali Dajjal?

Siapakah Dajjal, dimanakah tempat tinggalnya dan bagaimana kemunculannya?

Lihat video 5 min di bawah yang sangat bermanfaat untuk pengetahuan kita semua.




Berdoalah kita selalu agar diberikan perlindungan oleh Allah SWT dari segala fitnah dajjal.

Aishah berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu berdo’a dengan do’a berikut selepas selesai tahiyyat akhir, sebelum memberi salam:


Menghafal 10 ayat awal dari surah al-Kahf. Dan mengamalkan membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat.

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. (HR Muslim 809)

“Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

Bersembunyi atau tinggal di bumi Mekah atau Madinah kerana Dajjal tidak dapat memasuki 2 kota suci tersebut.

“Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. Demi Allah ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang menyertainya.” (HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim)

“Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah & Madinah” (HR Bukhari)


0 comments:

Post a Comment

 

Followers

Popular Posts

Adakah anda yakin Imam Mahadi akan muncul dan turunnya Nabi Isa untuk memimpin umat Islam?

SuhaimiRosti Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers